Wednesday, March 19, 2014

Susu Ibu Membuatkan Anak Lebih Bijak

GAMBAR HIASAN

Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang kanak-kanak dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan. Menurut satu kajian, kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula.

Penyelidikan melihat penilaian dijalankan guru pada akhir tahun pertama persekolahan, yang mendedahkan bahawa kanak-kanak yang disusui untuk tempoh paling lama memperoleh pencapaian tertinggi keseluruhan.

Paling penting, guru yang membuat penilaian tidak menyedari sama ada kanak-kanak itu diberi hanya susu ibu atau susu formula.

RAHSIA YANG HILANG UNTUK PENJAGAAN PAYUDARA SEBENAR <--klik disini

Sepasukan penyelidik diketuai Unit Epidemiologi Perinatal Kebangsaan di Universiti Oxford berkata kajian itu membuktikan kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu untuk tempoh lama mungkin memperbaiki prestasi mereka di sekolah rendah.

Penyusuan ibu dikaitkan dengan pencapaian lebih baik dalam semua bidang, namun manfaat itu paling banyak adalah dalam komunikasi, bahasa dan literasi, pengetahuan dan pemahaman dunia dan perkembangan fizikal.

Kanak-kanak yang disusui ibu cenderung mendapat markah lebih tinggi untuk perkembangan peribadi, sosial dan emosi, penyelesaian masalah, penaakulan dan numerasi serta perkembangan kreatif.  

Harga Pesawat Boeing 777-200 Sekitar RM 1 Billion Sebuah!

Menurut laman web rasmi Boeing, harga katalog tahun 2013 untuk sebuah pesawat Boeing 777-200 yang digunakan oleh penerbangan MAS MH370 adalah US$ 261.5 juta atau sekitar RM 863juta. Namun, biasanya syarikat penerbangan boleh mendapatkan diskaunn dari harga tersebut


Sebenarnya terdapat dua jenis pesawat 777-200. Pertama adalah 777-200ER seharga US$ 261.5 juta (RM 863juta), dan 777-200 LR berharga US$ 296 juta (RM 977 juta).

Sementara menurut data dari ABCNews.com , pesawat berbadan panjang tersebut, selama ini telah melayani banyak penerbangan di dunia.

Syarikat penerbangan suka menggunakan pesawat ini kerana kemampuannya untuk terbang jarak jauh, berkat dua enjin raksasanya. Selain itu, mesin di pesawat ini juga jimat bahan bakar.

“Pesawat ini telah menyediakan standard baru untuk efisiensi bahan bakar dan keselamatan. Boeing 777 telah memiliki rekord keselamatan yang baik dibandingkan pesawat lainnya,” kata konsultan penerbangan dari Teal Group, iaitu Richard Aboulafia.

Selain kecelakaan Boeing 777 milik Asiana Airlines tahun lalu, kecelakaan serius pesawat jenis ini terjadi pada 2008, ketika British Airways mendaratkan pesawat ini hingga ke luar landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London.

Malaysia Airlines tercatat memiliki 15 unit Boeing 777-200ER. Pesawat pertama dikirimkan pada 23 April 1997. Boeing 777 merupakan pesawat dengan berat 143 tan, dan mampu membawa muatan 155 tan. Pesawat ini memiliki kemampuan terbang hingga 7250 batu tanpa henti.

Penjagaan Kulit Muka

GAMBAR HIASAN

Kulit muka yang tak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada sepatutnya. Begitu juga dengan kulit yang aktif. Sebab anda kerap menegangkannya tetapi tak membersihkannya dengan sempurna, tak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari. Sebaliknya, kalau anda nak mengekalkan keremajaan kulit muka lebih lama, ikutilah 6 cara penjagaan muka berikut;

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.

RAHSIA UNTUK ANDA MUDAH DIDEKATI <--klik disini

Tips Untuk Lelaki Menjaga Penampilan Diri

GAMBAR HIASAN

Lelaki semestinya mahukan dirinya lebih kacak dan tampan. Namun dalam proses untuk menjadi kacak, mungkin si lelaki lupa akan hal-hal penting yang mesti dijadikan penekanan olehnya. Tips ini dihasilkan khas untuk golongan lelaki supaya sentiasa menjaga penampilannya!

1. Sentiasa tukar cadar dan sarung bantal
Cadar dan sarung bantal adalah salah satu penyebab masalah kulit wajah. Apabila kulit wajah terkena pada permukaan fabrik cadar dan sarung bantal, kotoran dan bakteria itu akan melekat. Ia akan menutup liang-liang roma dan keadaan ini menyebabkan terjadinya jerawat. Oleh itu gantikan cadar dan sarung bantal anda dengan lebih kerap.

2. Syampu rambut tidak lebih dari sekali sehari
Sebaik-baiknya anda perlu mencuci rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu sahaja dan pilihlah syampu yang bersesuaian untuk rambut anda. Selepas bersyampu, pastikan anda gunakan perapi bagi melembap dan melembutkan rambut.

WANGIAN HEBAT UNTUK LELAKI SEJATI <-- klik disni

3. Floss gigi setiap hari dan lakukan pemutihan gigi setiap 6 bulan
Untuk senyuman yang menawan, anda perlu rajin memberus gigi dan lakukan proses floss setiap hari. Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah bau mulut tetapi juga dapat menanggalkan sisa-sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi. Untuk menjadikan gigi lebih putih, anda juga disarankan untuk melakukan proses pemutihan gigi 6 bulan sekali. Selepas seminggu melakukan proses pemutihan, elakkan mengambil makanan yang meninggalkan kesan di gigi seperti kopi, sos soya serta minuman beralkohol.

4. Gunting rambut setiap 3 – 6 minggu sekali
Sentiasa tampil dengan rambut yang digunting rapi agar kelihatan kacak dan bergaya. Anda tidak perlu bersusah-payah menghabiskan duit,sebaliknya anda boleh ke kedai gunting biasa yang lebih murah harga perkhidmatannya. Murah dan cepat. Sekiranya anda mempunyai salun yang sering anda kunjungi, pastinya pendandan rambut yang selalu memotong rambut anda sudah tahu potongan rambut yang sesuai dan jangan lupa rapikan rambut anda sebelum keluar rumah.

Penjagaan Kulit Lelaki


GAMBAR HIASAN

Pernah dengar istilah lelaki metrosexual? Istilah ini diberi kepada lelaki yang suka bergaya hebat, berpenampilan menarik, menjaga pakaian dan juga alat solek, tampil dengan penampilan yang sangat berbeza dengan kebanyakan lelaki bukan metrosexual. Ada sesetengah orang, tak suka dilabel menjadi metrosexual, ya lah, mungkin disebabkan ‘malu’ kerana penjagaan penampilan ini hanya untuk perempuan semata-mata

Jaga kulit

Hari ini nak sentuh mengenai lelaki dengan kulit. kita kesampingkan dulu istilah metrosexual dan fokus pada penjagaan kulit. Biasanya kalau bab-bab penjagaan kulit ni, cukup sinonim dengan perempuan. Perempuan suka make-up, alat make-up nak mahal-mahal dan make-up mesti hari-hari. Lelaki?? macam pelik je...

Sebenarnya penjagaan kulit ini tidak jumud terhadap alat make-up semata-mata, tapi lebih dari itu. Kulit bukan sahaja di muka, tapi diseluruh badan. Mungkin sebab muka itu anggota badan yang dilihat oleh orang dulu, sebab itu kulit disinonimkan dengan muka sahaja. jom kita ubah persepsi ini

Susah mahu menjaga kulit?

Tak susah sebenarnya untuk lelaki menjaga kulit. Tak kira jentina apa, kesihatan kulit boleh dijaga dengan pemakanan yang betul dan sapuan di bahagian luaran dengan losyen atau produk penjagaan kulit yang lain. Lelaki jika tidak pandai memakai sabun ketika mandi, alamatnya bukan sahaja akan dijauhi oleh perempuan, lelaki lain pun akan menjauhinya.

CARA UNTUK MENJADI LELAKI SEJATI <--klik disini

Sini akan kongsi 3 cara yang paling senang untuk jaga kulit bagi para lelaki

  • Pastikan mandi ada kelengkapan yang cukup. Syampu, sabun – itu benda asas. jangan mandi jirus air kemudian 45 saat lepas tu dah siap. aiyoyo. kerbau pun kalah. (jenis syampu kita bincang kemudian ya)
  • Waktu pagi ajar untuk bersih muka dengan pembersih muka. jangan kedekut, belilah sendiri dan ini untuk diri sendiri jugak. Sebelum nak tidur, sekurang-kurangnya bersih muka dengan air, lagi elok guna pembersih muka yang sesuai juga
  • UV Protector – banyak produk di luar sana yang menawarkan cream UV Protector ni. Sekarang dunia sudah terlalu banyak pencemaran, kesan UV kepada kulit boleh bawak sampai barah, jadi, berhati-hati!

Senangkan.. lelaki la paling senang untuk menjaga diri, tapi klau tak pandai juga jaga diri tak tau nak kat la kan.. ok selamat mencuba.

Monday, March 17, 2014

Hubungan Kelamin Yang Sihat

GAMBAR HIASAN

SAKIT? Hubungan kelamin tidak sepatutnya menyakitkan. Seks sepatutnya menjadi hubungan batin suami isteri yang menyeronokkan, bukan sebaliknya. Jika anda mengalami kesakitan ketika bersama suami, berhentilah kerana ia mungkin memberikan isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Dispareunia (dis-pa-run-ya) merupakan terma yang digunakan oleh para doktor secara eksklusif untuk wanita bagi menggambarkan masalah kesakitan ketika melakukan persetubuhan.

Bagaimanapun, lelaki jangan terlalu gembira kerana ia juga boleh berlaku kepada mereka. Walaupun anda mungkin merasakan bahawa anda sahaja yang mengalaminya, jangan terkejut! Berdasarkan kajian, lebih dua pertiga wanita mengalaminya pada satu ketika dalam hidup mereka. Namun demikian, seperti biasa, tidak ramai wanita yang berjumpa doktor mengenai perkara ini meskipun banyak yang boleh dilakukan untuk merawatnya, sekali gus mengembalikan semula keintiman pasangan yang sebelum ini mungkin dilema.

Rasa takut dan malu menghalang wanita daripada mendapatkan bantuan perubatan.

“Aku tak normal, tiada apa yang boleh dilakukan,’’ mungkin itu yang wanita fikirkan sekalipun hakikatnya, ia sama sekali tidak benar.

Harus ditekankan di sini bahawa sakit semasa melakukan hubungan seks bukanlah sesuatu yang boleh dianggap normal. Anda juga tidak perlu hidup dengannya.

Usah bimbang. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor cuba mempermudahkan kesakitan anda.

- Pertama sekali, kita perlu memahami organ reproduksi kaum Hawa. Faraj merupakan satu laluan dari pangkal rahim ke permukaan luaran badan. Pangkal rahim adalah satu bahagian anatomi rahim yang sempit yang berhubungan dengan faraj.

- Kawasan luaran jantina perempuan dinamakan vulva. Dua pasang lipatan berdaging dinamakan bibir luar (labium major) dan bibir dalam (labium minor) mengelilingi bukaan faraj dan uretra dan menjulur ke depan hingga ke klitoris.

- Klitoris adalah bahagian atas bibir-bibir ini yang hampir sama dengan penis lelaki, mengandungi tisu erektil yang menjadi tegak apabila menerima rangsangan seksual - memberikan keseronokan dan kenikmatan semasa hubungan kelamin,’’ kata Dr. Shah Reza.


Mengapa kesakitan berlaku?

Kesakitan boleh dikaitkan sama ada secara fizikal mahupun emosi. Wanita akan mengalami empat fasa semasa hubungan kelamin yang secara ringkasnya dinyatakan seperti di bawah:
1. Fasa keinginan nafsu berahi : Perasaan yang berkehendakkan kepada aktiviti hubungan kelamin
2. Fasa kebangkitan nafsu berahi : Perubahan fizikal terjadi di mana faraj dan vulva menjadi lembap, otot-otot faraj menjadi bertambah longgar, klitoris mengembang serta membengkak, rahim meninggi dan faraj menjadi bertambah dalam serta panjang dan melebar.

“Fasa kebangkitan ini penting untuk persediaan faraj semasa menerima alat sulit lelaki (penis),’’ kata Dr. Shah Reza.

3. Fasa puncak syahwat : Satu rangsangan kemuncak aktiviti. Otot-otot faraj dan vulva mengembang mengecut - menimbulkan keseronokan tidak terkira. Klitoris juga boleh menimbulkan rasa kemuncak
4. Fasa resolusi/ketetapan : Faraj, rahim serta klitoris kembali ke struktur asal.

Tambahnya, jika fasa-fasa di atas tidak berlaku, hubungan kelamin menjadi satu aktiviti yang menyakitkan, tidak memberangsangkan serta mendatangkan ketidakselesaan.

Menurutnya, kesakitan semasa hubungan kelamin boleh dirasai sama ada di bahagian vulva, pembukaan faraj, di dalam faraj dan juga jauh ke dalam faraj. Kesakitan vulva dirasai semasa tusukan penis, di permukaan luaran faraj. Kesakitan faraj pula dirasai di bahagian dalam manakala kesakitan yang jauh ke dalam boleh dirasai di belakang, pinggul, rahim dan juga pundi kencing.

Kesakitan vulva

Kesakitan dirasai apabila bahagian luar vulva disentuh yang mungkin berpunca daripada sabun, pencuci faraj, bedak ataupun penyembur sanitasi faraj yang digunakan. Parut dan infeksi/jangkitan mungkin turut berperanan dalam menimbulkan kesakitan ini di mana vulva luka, deria rasa pula menjadi berlebihan.

Kesakitan faraj

1. Kekeringan faraj: Kata Dr. Shah Reza, ini berlaku apabila faraj kering, mungkin dari kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan, mungkin juga kerana isteri tidak bersedia, maka fasa keinginan tersebut tidak berlaku.

“Kehamilan, penyusuan badan dan awal menopaus turut mempengaruhi kelembapan semula jadi di dalam faraj.

“Pada permulaan menopaus, hormon wanita - estrogen mengurang. Akibatnya, tisu faraj menipis dan relatifnya menjadi lebih kering, menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin,’’ ujar beliau.

Hormon gantian boleh diambil bagi mengurangkan penyeksaan itu.

“Wanita harus berbincang dengan suami. Suami penyayang, boleh bertolak ansur serta memahami harus juga memainkan peranannya kerana hubungan sepatutnya dua hala.

“Kekeringan ini boleh diatasi dengan penggunaan lubrikasi/pelincir berasaskan air. Lubrikasi yang berasaskan minyak boleh merosakkan kondom yang mungkin dipakai sebagai kaedah mencegah kehamilan kerana lapisannya boleh melarut dan akhirnya pecah.’’

2. Keradangan faraj seperti kegatalan, pedih, keluarnya rembesan dari faraj serta rasa panas membakar yang lazimnya disebabkan oleh kulat seperti kandidiasis, mungkin juga kerana infeksi oleh bakteria

3. Vaginismus: “Vaginismus diakibatkan oleh kekejangan otot-otot pada bahagian luar faraj. Kesakitan yang amat sangat berlaku pada masa permulaan tusukan yang bakal menambahkan lagi kekejangan otot-otot tersebut.

“Bagi sesetengah wanita, vaginismus biasanya berlaku pada pengalaman pertama atau malam pertama pengantin baru,’’ Dr. Shah Reza.

HUBUNGAN SEKS YANG HEBAT <-- klik disini

Antara penyebab-penyebab vaginismus:

* Luka serta parut lama di faraj akibat kecederaan, proses kelahiran, pembedahan
* Kerengsaan serta keradangan dari penggunaan bahan-bahan pencuci faraj, spermisid dan alahan getah kondom
* Jangkitan vulva dan faraj.

Kesakitan serius di bahagian dalam faraj merupakan masalah dalaman yang serius, berlaku apabila keseluruhan organ reproduktif suami berada di dalam faraj.

* Penyakit keradangan pelvis
* Masalah dengan rahim
* Endometriosis
* Ketumbuhan di kawasan pelvis
* Penyakit yang melibatkan pundi kecing dan juga usus
* Organ-organ di bahagian pelvis yang melekat-lekat sesama sendiri, mungkin angkara jangkitan atau pembedahan lampau
* Ketumbuhan telur reproduksi.

Pemeriksaan lanjutan fizikal perlu dijalankan manakala pemeriksaan lain seperti ultrasound melalui faraj dan juga laparoskopi, mungkin disarankan.

Berikut antara soalan-soalan yang mungkin diajukan oleh doktor semasa pemeriksaan:

* Ciri-ciri kesakitan contohnya, darjah kesakitan, berapa lama dan di bahagian tubuh mana ia berlaku
* Bilakah anda berasa sakit
* Lain-lain simptom yang mungkin ada seperti sakit kepala, loya atau lemah, tidak bermaya
* Sejarah perubatan
* Sejarah keluarga.

WANITA KESAYANGAN ANDA SENTIASA CERIA DAN BERSEMANGAT <--klik disini

Pilihan rawatan

* Bagi kes-kes jangkitan, rawatan dengan ubat-ubatan selalunya tidak mengecewakan
* Penggunaan krim atau jel membantu dalam kes-kes di mana pelincir semula jadi tidak mencukupi
* Latihan relaksasi berupaya mengembalikan semula kawalan otot-otot faraj
* Sekiranya ujian diagnostik mengesahkan kewujudan masalah fizikal seperti endometriosis, pembedahan mungkin dicadangkan oleh doktor anda.

Peranan emosi 

“Ketakutan untuk mengandung boleh menghasilkan vaginismus atau mungkin timbul perasaan bersalah kerana melakukan hubungan jenis.

“Ada yang takut pada penyakit tularan seks, trauma akibat kecederaan atau pengalaman berorientasikan seks sama ada rela atau paksa seperti penderaan seks kanak-kanak, diperkosa dan sumbang mahram.

“Kesemua ini mengurangkan kelembapan serta lubrikasi faraj termasuklah daya keinginan,’’ Dr. Shah Reza menarik perhatian.

Nasihat beliau: “Wanita tidak harus berseorangan terseksa dengan pengalaman ini. Berbincanglah dengan para doktor, jururawat serta kaunselor bertauliah.

“Suami pula, sebagai teman hidup wanita, sepatutnyalah menunjukkan sikap memahami akan masalah yang dihadapi oleh si isteri, peka pada kesakitan tersebut dan bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya.’’

Misal, tunggu sekurang-kurangnya enam minggu sebelum melakukan hubungan kelamin dengan isteri yang baru lepas bersalin. Kelembutan dan cumbuan yang memadai dapat memastikan kelinciran semula jadi faraj.

SEKS SIHAT SUAMI ISTERI <-- klik disini

Wanita Akan Lebih Cantik Dengan Seks Sihat

GAMBAR HIASAN
Keinginan untuk menjadi lebih cantik memang tidak dapat dipisahkan dari wanita.Malah boleh dikatakan kebanyakan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak hanya semata-mata untuk perawatan kecantikan. Mungkin jika menurut apa yang dikatakan oleh beberapa orang pakar,ada cara yang lebih murah dan menyenangkan untuk wanita mencantikkan diri,iaitu dengan seks!
Tapi,apa hubungannya kecantikan dan seks?
Ini alasannya!
1.Solekan Semulajadi
Jika anda biasa meluangkan sedikit waktuuntuk bersetubuh dengan suami sebelum berangkat ke tempat kerja, anda tidak perlu memakai solekan tebal tebal untuk ke pejabat. Dengan melakukan hubungan seks minima 15-20 minit, pipi anda akan bersemu merah semulajadi, bibir jadi berwarna lebih segar dan kulit akan terlihat cerah bercahaya. Malah,kesannya boleh bertahan hingga beberapa jam.
“Selama bersetubuh, anda jadi gembira, dan pembuluh darah melebar seperti yang terjadi pada penis lelaki (ketika penetrasi).  Aliran darah membuat penis menegang dan warnanya memerah.  Ini juga lah yang terjadi pada membran mukosa wanita, sehingga menghasilkan kulit tubuh yang kemerahan dan bercahaya,”
jelas Dr.Michael Roizen, Chief
Wellness Officer di Cleveland
Clinic Roizen.
2.Tubuh Lebih Menarik
Seks boleh membuat wanita lebih percaya diri sehingga refleksi dari dalam terpancar keluar dan membuatkan penampilan lebih menarik. Menurut pakar seks, Mary Jo Rapini, M.Ed, L.P.C., sesi seks yang hebat boleh membuat wanita lebih ‘bangga diri’ yang terlihat dari cara berjalan yang penuh semangat dan percaya diri.
“Ketika saya bertanya kepada para lelaki:’Apa hal paling menarik tentang pasangan anda?’, satu dari tiga jawapan yang terbanyak adalah cara dia bergerak,” ujar Mary.
Penjelasan ilmiahnya, setelah melakukan seks, cara berjalan wanita akan terlihat semakin feminin.  Dengan kepala sedikit terangkat, pinggul menghayun ke kiri dan kanan dan posture tubuh lebih baik (dada membusung, punggung terangkat).  Sikap penuh percaya diri itu yang membuat tubuh anda kelihatan amat mempersona.

GAMBAR HIASAN


3.Rambut Lebih Indah
Seks juga berperanan menyumbang pada keindahan rambut.  Dr.Michael Roizen menjelaskan, setiap folikel rambut memiliki pembuluh darah,  dan kelancaran aliran darah sangat berpengaruh terhadap kecantikan dalaman mahupun luaran. Peredaran darah semakin lancar, bererti rambut anda ternutrisi dengan baik. Hasilnya rambut lebih nampak sihat,segar dan berkilau.
4.Awet Muda
Wanita yang kualiti kehidupan seksnya baik, akan terlihat dua malah hingga lapan tahun lebih muda dari usia sebenarnya.  Sering bersetubuh juga mencegah anda dari terkena berbagai penyakit serius.
“Fungsi tubuh anda juga akan lebih muda, itu kesan yang pasti. Seks juga menurunkan risiko terkena penyakit serius, seperti sakit jantung dan kanser,”
jelas Dr.Michael. Tidak hanya itu, seks juga menghindari anda dari depresi, mood yang tidak stabil, keinginan bunuh diri dan gangguan psikologi lain yang boleh menyebabkan perubahan perilaku menjadi negatif.